Singh Is Kinng ialah sebuah filem aksi komedi Bollywood 2008. Filem ini diarahkan oleh Anees Bazmee dan dibintangi oleh Akshay Kumar dan Katrina Kaif. Sekitar 75% filem ini dibuat di Australia, di sekitar wilayah Gold Coast dan Brisbane bersama pasukan penerbitan Australia. Filem ini dikeluarkan pada 8 Ogos 2008. Akshay Kumar menerima pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia ke-3 bagi peranannya dalam filem ini.
Ejaan kata "king" dalam tajuk filem dengan tambahan huruf "n" ini berdasarkan pada saranan seorang pakar numerologi, amalan yang menjadi rutin di Bollywood.