Hanyut

2016
G
Rating
Item ini tidak tersedia

Perihal filem ini

Hanyut merupakan sebuah filem drama pengembaraan Malaysia 2012 arahan U-Wei Hj Saari yang diadapatasikan daripada novel tulisan Joseph Conrad bertajuk Almayer's Folley. Filem ini merupakan kembali semula U-Wei mengarah setelah kali terakhir beliau mengarah pada 2004 menerusi filem Buai Laju-Laju.
Filem ini pada asalnya hendak ditayangkan sebaik sahaja ia disiapkan pada tahun 2012, namun tarikh penayangannya terpaksa ditunda sejak December 2013 kerana kekurangan dana untuk mempromosikan filem ini. U-Wei terpaksa meminta daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional bantuan kewangan sebanyak RM2 juta untuk tujuan pemasaran dan pengedaran. Sementara itu, filem ini mendapat peluang ditayangkan di 150 buah panggung wayang gambar serata Indonesia di bawah tajuk Gunung Emas Almayer pada November 2014. Filem ini akhirnya dapat ditayangkan di panggung wayang gambar seluruh Malaysia pada 24 November 2016, seperti yang diberitakan U-Wei dalam sebuah sidang akhbar pada 13 Oktober tahun yang sama.
Rating
G