This Is Spinal Tap

1984 • 85 minit
R
Rating
Item ini tidak tersedia

Perihal filem ini

This is Spinal Tap merupakan sebuah filem komedi Amerika Syarikat tahun 1984 arahan Rob Reiner serta lakonan Christopher Guest, Michael McKean dan Harry Shearer. Filem ini mirip dokumentari di mana ia menceritakan suatu kugiran heavy metal dari England yang kononnya wujud bernama Spinal Tap, penceritaan ia turut satirakan kecenderungan dokumentari berkaitan bintang muzik rock yang dilihat terlalu melebih-lebihkan perwatakan mereka yang seakan wira, sepertimana yang diperlihatkan pada filem-filem sezaman termasuk Gimme Shelter, The Song Remains the Same, and The Last Waltz.
Filem ini hanya mendapat sambutan sederhana semasa ia mula-mula ditayangkan, namun ia segera menjadi terkenal tidak lama selepas diterbitkan dalam bentuk VHS. Ia diiktiraf kepentingannya kepada budaya dan sejarah oleh Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat serta juga Pejabat Pendaftaran Filem Kebangsaan. Ia turut dilihat sebagai filem yang memasyhurkan format filem mengolokkan bentuk dokumentari secara umumnya.
Rating
R