Kubur Kelip-kelip

1989 • 90 minit
Item ini tidak tersedia

Perihal filem ini

Kubur Kelip-kelip adalah filem drama animasi Jepun 1988 yang ditulis dan diarahkan oleh Isao Takahata dan animasi oleh Studio Ghibli. Ia berdasarkan cerpen 1967 semi-autobiografi Kubur Kelip-kelip oleh Akiyuki Nosaka. Filem tersebut membintangkan Tsutomu Tatsumi, Ayano Shiraishi, Yoshiko Shinohara dan Akemi Yamaguchi. Terletak di bandar Kobe, Jepun, filem ini menceritakan kisah dua adik-beradik, Seita dan Setsuko, dan perjuangan terdesak mereka untuk terus hidup semasa musim akhir Perang Dunia Kedua.
Kubur Kelip-kelip ini menerima pujian daripada pengkritik filem. Roger Ebert daripada Chicago Sun-Times menganggapnya sebagai salah satu filem perang yang terbaik dan paling berkuasa dan, pada tahun 2000, memasukkany di dalam senarai "Filem Agung"nya. Dua filem aksi hidup Kubur Kelip-kelip dihasilkan semula, satu pada tahun 2005 dan satu pada tahun 2008. Ia biasanya dianggap sebagai filem anti-perang, tetapi tafsiran ini telah dicabar oleh pengarah dan beberapa pengkritik.