Anak-anak Serigala

2013 • 112 minit
PG
Rating
Item ini tidak tersedia

Perihal filem ini

Budak Serigala Ame dan Yuki ialah filem animasi Jepun 2012 yang diarah dan ditulis bersama oleh Mamoru Hosoda. Filem ini dibintangi oleh suara-suara Aoi Miyazaki, Takao Osawa, Haru Kuroki dan Yukito Nishii. Kisah animasi ini mengenai seorang ibu muda yang terpaksa untuk membesarkan dua orang kanak-kanak serigala jadian selepas bapa mereka meninggal dunia.
Untuk menghasilkan filem ini, pengarah Hosoda menubuhkan Studio Chizu yang menghasilkan bersama filem ini dengan syarikat Madhouse. Yoshiyuki Sadamoto, pereka watak bagi Fushigi no Umi no Nadia dan Neon Genesis Evangelion, mecipta watak-watak untuk filem ini. Filem Budak Serigala Ame dan Yuki mula tayang di Premiere Dunia di Paris pada 25 Jun 2012, dan telah ditayangkan di pawagam pada 21 Julai 2012 di Jepun. Filem ini dilesenkan oleh Funimation Entertainment di Amerika Utara dan diterbitkan dalam bentuk DVD dan Blu-ray pada 23 November 2013. Filem ini telah ditayangkan di United Kingdom pada akhir bulan Oktober 2013 dengan edisi DVD dan Blu-ray Deluxe / DVD oleh Manga Entertainment pada 23 Disember 2013.
Rating
PG