Landak biru kegemaran dunia kembali untuk pengembaraan peringkat seterusnya dalam SONIC THE HEDGEHOG 2. Selepas selesa di Green Hills, Sonic tidak sabar untuk buktikan dia mampu menjadi wira sejati. Ujiannya tiba apabila Dr. Robotnik kembali, kali ini dengan pembantu baharu, Knuckles, dalam mencari batu zamrud yang mampu memusnahkan tamadun. Sonic bekerjasama dengan pembantunya sendiri, Tails, dan bersama mereka memulakan pengembaraan ke serata dunia demi mencari batu zamrud itu sebelum ia jatuh ke tangan penjahat.