Offers every month
Soalan lazim
Apabila anda melanggan Play Pass, anda mendapat tawaran eksklusif dalam permainan popular setiap bulan dan katalog berasingan yang mengandungi lebih daripada 1,000 permainan dan apl. Dalam katalog, semua iklan dialih keluar dan semua pembelian dalam apl serta tajuk berbayar dibuka kunci.
Katalog ini menyertakan lebih daripada 1,000 permainan dan apl. Permainan dan apl berbayar disertakan tanpa kos tambahan. Untuk semua permainan dan apl dalam katalog Play Pass, iklan akan dialih keluar dan pembelian dalam apl akan dibuka kunci. Pelanggan boleh menemukan permainan dan apl ini dalam bahagian Play Pass pada apl Play Store atau mencari lencana Play Pass pada tajuk di seluruh Google Play.
Pelanggan menerima tawaran eksklusif dalam permainan popular terpilih selain katalog Play Pass. Tawaran ini termasuk kredit dalam permainan atau tawaran bagi item dalam permainan tertentu dan pelanggan mendapat set tawaran baharu setiap bulan. Tawaran tidak tersedia semasa percubaan atau untuk permainan dalam katalog Play Pass. Tawaran mestilah ditebus melalui kaedah pembayaran Google Play Billing.
Jika anda mempunyai sebarang permainan atau apl yang disertakan dalam katalog Play Pass, semua iklan akan dialih keluar dan semua pembelian dalam apl akan dibuka kunci.
Dengan Pustaka Keluarga, Pengurus Keluarga boleh berkongsi akses kepada Play Pass dengan maksimum 5 ahli keluarga tanpa caj. Ahli keluarga perlu mengaktifkan Play Pass pada akaun mereka. Tawaran bulanan dan manfaat lain hanya tersedia kepada Pengurus Keluarga.