Perihal rancangan ini

RWBY adalah sebuah siri animasi web CGI Amerika bergaya anime ciptaan oleh Monty Oum untuk Rooster Teeth Productions. Rancangan ini berdasarkan dunia fiksyen Remnant, di mana golongan muda berlatih untuk menjadi pahlawan demi melindungi dunia mereka daripada makhluk-makhluk Grimm. Nama RWBY berasal daripada nama pertama watak-watak utama: Ruby, Weiss, Blake, dan Yang, dan juga warna-warna tema mereka, Red, White, Black, dan Yellow. Selepas beberapa treler promosi ditayangkan, episod pertama RWBY ditayangkan pada 5 Julai 2013 di RTX 2013 dan dikeluarkan di laman Rooster Teeth pada 18 Julai 2013. Episod-episod seterusnya telah dikeluarkan kira-kira setiap minggu, mula-mula kepada pelanggan Rooster Teeth, kemudiannya di YouTube seminggu kemudian. Siri ini mula menular dan menjadi popular, and musim kedua, berjudul Volume 2, telah dikeluarkan pada Julai 2014.
Ketika penghasilan Volume 3, pada 1 Februari 2015, Oum meninggal dunia selepas jatuh koma disebabkan oleh tindak balas alahan ketika menjalani satu prosedur perubatan. Ini menyebabkan kelewatan dalam penghasilan Volume 3, dan juga menyebabkan perubahan menyeluruh dalam penghasilan rancangan dan jadual keluaran.