Perihal rancangan ini

Happy Days merupakan sitkom televisyen Amerika Syarikat yang mula disiarkan pada 15 Januari 1974 sehingga 14 September 1984 menerusi ABC, selama 11 musim. Rancangan ini pada asalnya berdasarkan segmen dari Love, American Style berjudulLove and the Television Set, kemudian ditukar menjadi Love and the Happy Days. Dicipta oleh Garry Marshall, siri ini berdasarkan kehidupan pertengahan 1950-an dan pertengahan 1960-an di Amerika Syarikat. Siri ini diterbitkan oleh Miller-Milkis Productions dan Henderson Productions bersama-sama dengan Paramount Television. Happy Days merupakan salah satu rancangan dengan tontonan tertinggi pada tahun 1970-an.