Perihal rancangan ini

Heartstrings ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2011 dibintangi oleh Park Shin-hye dan Jung Yong-hwa. Drama ini disiarkan menerusi saluran MBC bermula 29 Jun sehingga 19 Ogos 2011 pada hari Rabu dan Khamis pukul 9:55 malam sebanyak 15 episod.
Heartstrings ialah melodrama remaja mengenai cinta, persahabatan dan impian, yang berlatarbelakangkan kolej persembahan seni. Drama ini menggandingkan Jung Yong-hwa dan Park Shin-hye yang kedua-duanya pernah membintangi dalam sebuah siri TV, You're Beautiful.