Perihal rancangan ini

School 2013 ialah sebuah drama bersiri Korea Selatan tahun 2012 dibintangi oleh Jang Na-ra, Choi Daniel, Lee Jong-suk dan Park Se-young. Ia merupakan siri kelima dalam siri "School" oleh KBS yang disiarkan pada tahun 1999 sehingga 2002. Drama ini disiarkan menerusi saluran KBS2 bermula 3 Disember 2012 sehingga 28 Januari 2013 pada hari Isnin dan Selasa pukul 9:55 malam sebanyak 16 episod.