Perihal rancangan ini

Hey Ghost, Let's Fight ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2016 dibintangi oleh Ok Taec-yeon, Kim So-hyun dan Kwon Yul. Ia merupakan buatan semula webtoon dengan tajuk yang sama diterbitkan di Naver dari tahun 2007 sehingga 2010. Drama ini disiarkan menerusi saluran tvN bermula 11 Julai sehingga 30 Ogos 2016 pada hari Isnin dan Selasa pukul 11:00 malam sebanyak 16 episod.