EastEnders adalah drama lipur lara televisyen British masyhur yang telah lama disiarkan. Siaran pertamanya di United Kingdom di BBC One pada 19 Februari 1985. Ia kini ditempatkan sebagai salah satu dari rancangan yang paling banyak ditonton di UK. Jalan cerita EastEnders mengikuti kehidupan rumah tangga dan profesional orang-orang yang tinggal dan bekerja di London Borough of Walford rekaan di East End London. Siri ini menumpukan pada penghuni-penghuni Dataran Albert, sebuah dataran rumah teres zaman Victoria, dan jalan-jalan berjiranan, iaitu Bridge Street, Turpin Road dan George Street, dan yang mana merangkumi sebuah pub, pasar jalan, kelab malam, pusat masyarakat, kedai kopi dan pelbagai kedai kecil, sebagai tambahan pada sebuah taman dan pembahagian kawasan.
Siri ini terdahulunya ditayangkan sebagai dua episod setengah jam tiap minggu. Hari ini, empat episod disiarkan setiap minggu di BBC One dan pada tayangan edisi omnibus pada petang Ahad. Ia adalah salah satu program dengan pemeringkatan tertinggi UK, sering muncul berhampiran atau di atas pemeringkatan mingguan BARB.