Perihal rancangan ini

Dream High adalah sebuah drama bersiri dari Korea Selatan yang disiarkan Sistem Pernyiaran Korea. Drama ini menampilkan Suzy, Ok Taec-yeon, Kim Soo-hyun, IU, Ham Eun-jung dan Woo-young. Ditayangkan bermula pada 3 Januari 2011 dan tamat pada 28 Februari 2011 selepas 16 buah episod. Drama ini popular di kalangan remaja dan mempunayi kadar tonton yang tinggi. Episod khas dengan para pelakon drama ini membuat persembahan Konsert Istimewa Dream High telah diadakan di Seoul, Korea Selatan dan disiarkan oleh pihak KBS pada 1 Mac 2011. Musim kedua Dream High telah diumumkan pihak KBS pada 17 Mac 2011 dan akan mula ditayangkan pada 30 Januari 2012. Drama bersiri ini juga tersedia untuk penstriman di Viu di wilayah tertentu.