Perihal rancangan ini

The Glee Project ialah siri televisyen realiti Amerika Syarikat yang disiarkan di Oxygen. Ia berkhidmat sebagai ujibakat untuk siri komedi muzikal Fox Glee, dan hadiah untuk pemenang ialah arka tujuh episod minima dalam musim rancangan berikutnya. Musim pertama rancangan ini disiarkan di AS pada 12 Jun 2011, dan berakhir pada 21 Ogps 2011. Di Kanada, siri ini mula bersiaran di Slice pada 26 Jun 2011, dan di UK, ia mula bersiaran di Sky 1 pada 14 Julai 2011. Musim kedua disiarkan di AS dari 5 Jun hingga 14 Ogos 2012. Pada Julai 2013, ia diumumkan bahawa The Glee Project tidak akan diteruskan untuk musim ketiga.
Penerbit eksekutif Glee Ryan Murphy dan Dante Di Loreto menggalas tugas mereka di The Glee Project. Pengarah pemilihan pelakon Glee, Robert Ulrich, ialah pengarah pemilihan pelakon untuk projek tersebut, sementara Brad Ellis, membantu Ulrich melatih 80 calon berpotensi seperti yang kelihatan dalam "The Top 12" yang membawa kepada episod rintisan musim 1.