Perihal rancangan ini

Tom & Jerry Kids ialah siri televisyen komedi animasi kanak-kanak Amerika Syarikat yang diterbitkan bersama oleh Hanna-Barbera dan Turner Entertainment Co. Siri ini dibintangi oleh dua watak cereka terkenal iaitu Tom dan Jerry. Namun, kali ini mereka ditampilkan sebagai anak kucing dan tikus bukan kucing dan tikus dewasa seperti sebelumnya. Siri ini disiarkan pada tahun 1990 sehingga 1993. Tom & Jerry Kids mula ditayangkan sebagai program ketiga dari saluran kanak-kanak FOX, Fox Kids pada 8 September 1990. Siri ini amat mirip dengan versi "lama" dari siri Tom & Jerry, beberapa mirip dengan yang diterbitkan oleh William Hanna dan Joseph Barbera yang merupakan pengasas Hanna-Barbera.