Ihsan MADANI merupakan aplikasi telefon mudah alih yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), sebagai platform untuk rakyat mengetahui inisiatif dan bantuan khusus sara hidup yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia MADANI dengan lebih terperinci dan dipercayai.
Dengan antara muka yang intuitif dan kesediaan sumber, aplikasi yang komprehensif ini akan memudahkan pengguna untuk mengakses maklumat inisiatif dan bantuan daripada Kerajaan hanya di hujung jari. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ihsanmadani.kpdn.gov.my atau boleh kemukakan e-mel ke secretariat.naccol@kpdn.gov.my.
Oxirgi yangilanish
6-iyn, 2024