Transkripsi Segera

266K ulasan
Rating kandungan
Semua orang
1B+
Muat turun
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

Live Transcribe & Sound Notifications memudahkan akses perbualan harian dan bunyi keliling dalam kalangan orang pekak dan pekak labang dengan hanya menggunakan telefon Android anda.

Pada kebanyakan peranti, anda boleh membuka Live Transcribe & Sound Notifications dengan langkah ini:
1. Buka apl Tetapan peranti anda
2. Ketik Kebolehaksesan
3. Bergantung pada jenis ciri yang mahu anda gunakan, ketik Live Transcribe atau Pemberitahuan Bunyi

Anda juga boleh menggunakan butang kebolehaksesan, gerak isyarat atau Tetapan Pantas untuk memulakan Live Transcribe atau Pemberitahuan Bunyi (https://g.co/a11y/shortcutsFAQ).

Transkripsi masa nyata
• Antara muka perbualan yang direka bentuk semula menyediakan komunikasi dua hala yang lebih lancar dan mudah.
• Dapatkan transkripsi dalam masa nyata dalam lebih 80 bahasa dan dialek. Tambahkan perkataan tersuai yang kerap anda gunakan seperti nama atau item isi rumah.
• Tetapkan telefon anda kepada getaran apabila seseorang menyebut nama anda.
• Taip respons dalam perbualan anda.
• Gunakan mikrofon luaran yang terdapat pada set kepala berwayar, set kepala Bluetooth dan mikrofon USB untuk penerimaan audio yang lebih baik.
• Pada telefon boleh lipat, paparkan transkripsi dan respons yang ditaip pada skrin luar agar mudah untuk berkomunikasi dengan orang lain.
• Pilih untuk menyimpan transkripsi selama 3 hari. Transkripsi yang disimpan akan kekal tersimpan pada peranti anda selama 3 hari supaya transkripsi boleh disalin dan ditampal pada tempat lain. Secara lalai, transkripsi tidak disimpan.

Pemberitahuan Bunyi
• Dapatkan pemberitahuan tentang bunyi penting di sekeliling anda seperti apabila penggera asap berbunyi atau bayi menangis.
• Tambahkan bunyi tersuai untuk mendapatkan pemberitahuan apabila perkakas anda berbunyi.
• Semak bunyi dari 12 jam yang lalu untuk memeriksa perkara yang berlaku di sekeliling anda.

Keperluan:
• Android 12 dan versi lebih baharu

Live Transcribe & Sound Notifications dihasilkan dengan kerjasama Gallaudet University, universiti premier untuk Orang pekak dan pekak labang di AS.

Bantuan & maklum balas
• Untuk memberikan maklum balas dan mendapatkan kemaskinian produk, sertai Kumpulan Kebolehaksesan Google melalui https://g.co/a11y/forum

• Untuk mendapatkan bantuan menggunakan Live Transcribe & Sound Notifications, hubungi kami melalui https://g.co/disabilitysupport.

Notis kebenaran
Mikrofon: Live Transcribe memerlukan akses mikrofon untuk mentranskripsikan ucapan di sekeliling anda. Audio tidak disimpan selepas transkripsi atau bunyi yang dikenali diproses.
Pemberitahuan: Ciri Pemberitahuan Bunyi memerlukan akses pemberitahuan untuk memaklumi anda tentang bunyi.
Peranti berdekatan: Live Transcribe memerlukan akses kepada peranti berdekatan untuk disambungkan kepada mikrofon Bluetooth anda.
Perkhidmatan Kebolehaksesan: Pemberitahuan Bunyi menggunakan API Perkhidmatan Kebolehaksesan untuk menjalankan perkhidmatan pengesanan bunyi pada latar dan mendayakan akses pantas melalui butang kebolehaksesan atau gerak isyarat peranti anda. API ini tidak digunakan untuk membaca, mengumpulkan atau menyimpan kandungan skrin atau maklumat peribadi.
Transkripsi masa nyata perbualan anda dan pemberitahuan acara bunyi
Dikemas kini pada
17 Ogo 2026

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa.
  • Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
    Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
  • Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
    Maklumat peribadi, Audio dan 3 yang lain
  • Data disulitkan semasa dalam perjalanan
  • Data tidak boleh dipadamkan

Rating dan ulasan

261K ulasan
Noor azmi
18 Ogos 2026
buat bahasa malaysia
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Aman Google vc
1 Mei 2026
Three stars_★com.ment
2 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Aidil Azwan
31 Julai 2026
VERRY GOOD👍👍👍😎
3 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Perkara baharu

• Antara muka perbualan yang direka bentuk semula menyediakan komunikasi dua hala yang lebih lancar dan mudah.