Uji daya tumpuan anda dan rasai semangat bersaing dengan Fun Differences!
Fun Differences ialah permainan asah otak yang memerlukan anda mengesan perbezaan antara dua gambar untuk meneruskan permainan. Setiap tahap mempunyai gambar dengan 5 perbezaan tersembunyi; cari kesemuanya dan buka cabaran baharu yang mengujakan! Permainan ini mempunyai beribu-ribu gambar dan foto yang pelbagai dengan puluhan ribu perbezaan. Setiap orang pasti menemui sesuatu yang disukai! Terdapat juga lebih seribu tahap berbeza, setiapnya lebih mencabar dan lebih menarik daripada yang sebelumnya. Hanya yang terbaik dapat menamatkan kesemuanya!
Beribu-ribu pemain dari seluruh dunia dan kejohanan yang berterusan akan memastikan anda sentiasa sibuk. Kesan perbezaan, kumpul mata bagi setiap tahap yang tamat dan naik dalam papan pendahulu. Uji daya tumpuan anda dan kesan objek tersembunyi, cari kesemuanya, kumpul keseluruhan koleksi dan tingkatkan kemahiran menyelesaikan teka-teki anda!
Untuk menamatkan tahap yang paling sukar dan mencari semua perbezaan, anda boleh menggunakan petunjuk. Gunakan kristal untuk mendapatkan petunjuk tambahan. Anda boleh memperoleh kristal dengan menamatkan tahap atau menemuinya di dalam peti percuma. Layari permainan setiap hari atau pecahkan tabung untuk mendapatkan lebih banyak kristal!
Main secara percuma, cari perbezaan tanpa iklan dan pada mana-mana peranti! Anda tidak memerlukan banyak masa untuk bermain; permainan ini membantu anda berehat dan menjadi cara terbaik untuk menguji tumpuan anda.
Ciri-ciri:
Lebih seribu tahap yang mengujakan!
Kejohanan berterusan dan papan pendahulu dengan kemas kini masa nyata!
Tiada iklan dan bayaran wajib!
Bonus harian bagi setiap tahap yang tamat!
Petunjuk untuk menambah baik keputusan anda!
Dikemas kini pada
9 Apr 2026