SD Maid akan bantu memastikan peranti anda bersih dan kemas!
Ia menawarkan koleksi alatan untuk pengurusan aplikasi dan fail-fail.
Tiada siapa yang sempurna dan begitu juga Android.
Aplikasi yang anda telah buang akan meninggalkan sesuatu.
Fail-fail log, laporan ranap dan lain-lain yang anda tidak perlu sentiasa dijanakan dari semasa ke semasa.
Storan anda kerap mengumpul fail-fail dan direktori-direktori yang anda tidak kenali.
Tak perlulah anda risau lagi. Biarlah SD Maid menolong anda!
SD Maid membolehkan anda untuk:
• Imbaskan seluruh peranti anda serta mengubah suai fail-fail melalui pelayar fail yang lengkap dengan pelbagai ciri.
• Hapuskan fail-fail tidak perlu dalam sistem anda.
• Uruskan aplikasi-aplikasi pengguna dan sistem yang terpasang.
• Kesankan dan carikan fail-fail sisa milikan aplikasi-aplikasi yang dinyahpasang.
• Carikan fail-fail melalui nama, kandungan atau tarikh.
• Dapatkan gambaran keseluruhan storan peranti anda.
• Optimumkan pangkalan data.
• Lakukan pembersihan aplikasi tulen serta menghapuskan fail-fail yang boleh dibuang, menggantikannya dengan yang dipanggil "pembersihan cache".
• Kesankan dan carikan gambar-gambar, muzik-muzik atau dokumen-dokumen salinan, tanpa kira nama atau lokasi.
• Jalankan alatan-alatan secara automatik mengikut jadual atau melalui widget.
SD Maid mempunyai ciri pilihan yang menggunakan API AccessibilityService untuk mengautomasikan tindakan yang membosankan.
Menggunakan API AccessibilityService, SD Maid boleh mengklik butang untuk anda melaksanakan operasi pada berbilang apl, mis. memadamkan cache atau menghenti paksakan aplikasi.
SD Maid tidak menggunakan API AccessibilityService bagi mengumpul maklumat.
Ada soalan nak tanya? Hantarlah e-mel kepada saya! (Penggunaan Bahasa Inggeris digalakkan, terjemahan mesin diterimakan juga)
Dikemas kini pada
23 Dis 2023