Seterusnya, buat tugasan untuk projek anda. Ketik butang tambah berwarna merah semasa dalam projek, tambahkan nama dan perihalan, kemudian tekan butang hantar. Anda juga boleh mengisih tugasan dalam projek dengan menambahkan hashteg pada bahagian hujung nama, diikuti dengan nama projek (mis., “Cuci bilik mandi #Pembersihanrumah”). Atau, catat tugasan dengan pantas dalam Peti Masuk dan kategorikan tugasan itu kemudian dengan memilih tugasan, menatal pada “Alihkan kepada” serta memilih projek.