Temui pengasas: Whitney Wolfe Herd

Whitney Wolfe Herd ialah usahawan sepanjang hidup dan jutawan termuda yang berjaya atas usaha sendiri. Beliau kini berusaha untuk memperkasakan wanita dalam hubungan mereka. Bacalah tentang sumber inspirasi yang menggerakkan Herd untuk mengasaskan Bumble, apl mencari jodoh yang membolehkan wanita mengambil langkah pertama.
Kredit foto: Ramona Rosales
Bumble
Bumble - Dating & Make Friends
Bumble Holding Limited
Pembelian dalam apl
3.9
1.41J ulasan
100J+
Muat turun
Rating kandungan
Matang 17+
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Tema untuk Hari Wanita Sedunia tahun ini ialah “Menerima Kesaksamaan”. Bolehkah anda kongsi serba sedikit tentang maksud tema ini bagi anda?
Whitney Wolfe Herd: Bumble mengutamakan hubungan saksama, suatu faktor yang penting untuk kehidupan bahagia. Di Bumble, kami mahu menghasilkan kaedah berhubung dan mencari pasangan dalam talian yang paling selamat, dipercayai dan mesra untuk wanita (dan semua orang). Jika wanita diperkasakan untuk mengambil langkah pertama dalam setiap aspek kehidupan, dunia akan menjadi lebih baik dan lebih mesra.
Sebagai seorang wanita, bagaimanakah faktor itu telah membentuk perjalanan kerjaya anda?
Pengalaman hidup saya telah mendorong saya untuk mengubah kepincangan sistem yang membelenggu diri saya dan wanita lain di serata dunia – terutamanya berkenaan layanan terhadap wanita dalam talian. Saya mahu menerapkan kebertanggungjawaban dalam ekosistem dan ruang yang menjadikan kebaikan serta hormat-menghormati sebagai syarat untuk menyertai komuniti tersebut.
Apakah yang mengilhamkan anda untuk menghasilkan apl Bumble?
Saya mahu menyelesaikan masalah yang dialami wanita sejak dahulu lagi. Norma kolot yang mengagungkan lelaki sebagai jantina yang lebih berkuasa dalam hubungan telah memberikan kesan buruk. Saya mendapati peluang untuk menyediakan pengalaman dalam talian yang lebih mesra, lebih bertanggungjawab dan lebih selamat bagi wanita tatkala kebanyakan platform dan produk hanya ditujukan kepada kaum lelaki.
Dengan semangat untuk meraikan & menyokong wanita, bolehkah anda berkongsi tentang satu lagi pengasas apl yang telah memberi anda inspirasi & kenapa?
Saya sangat mengagumi ramai pengasas wanita dan antaranya ialah Jennifer Hyman, CEO dan pengasas bersama Rent The Runway. Ketika saya masih graduan kolej, saya tidak pasti tentang hala tuju saya. Pada suatu hari, saya terbaca artikel tentang cara [Hyman] memulakan Rent the Runway dan mengatasi pelbagai cabaran yang serupa dengan keadaan saya.
Bumble - Dating & Make Friends
Bumble Holding Limited
Pembelian dalam apl
3.9
1.41J ulasan
100J+
Muat turun
Rating kandungan
Matang 17+

Terokai lebih banyak wanita berinspirasi