Temukan kad untuk setiap acara

Sama ada anda mahu menghantar sorakan percutian atau menyatakan penghargaan, galakan atau rasa simpati, kad ucapan digital atau kertas merupakan cara terbaik untuk menunjukkan keprihatinan anda kepada seseorang. Gunakan apl ini untuk menyemak imbas kad yang menyentuh hati atau kad lucu yang boleh diperibadikan dan dihantar dari mana-mana lokasi.
TouchNote: Gifts & Cards
TouchNote Ltd
4.7
42.3K ulasan
5J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Hasilkan segala macam surat seperti poskad dan nota terima kasih atau ucapan perayaan, hari lahir dan ulang tahun. Hanya pilih templat, tambahkan foto, pelekat, teks dan elemen lain atau cipta reka bentuk unik anda sendiri dari mula - kemudian TouchNote akan mencetak dan menghantar ucapan istimewa anda (malahan hadiah) kepada penerima yang dipilih daripada buku alamat dalam apl anda.
Punchbowl: Invites & eCards
Punchbowl
Pembelian dalam apl
4.8
13.9K ulasan
1J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Pilih daripada pelbagai jenis undangan atau e-kad yang boleh disesuaikan dan tersusun mengikut kategori seperti Perkahwinan, Bayi, Terima Kasih dan Tempat Kerja. Kongsi butiran acara atau ucapan istimewa dengan serta-merta atau pada tarikh yang ditetapkan dalam mesej yang muncul daripada sampul digital. Sampul digital ini akan dibuka apabila penerima mengklik sampul untuk melihat kandungan sampul tersebut.
CardSnacks: ecards, gift cards
Mobigram LLC
Mengandungi iklanPembelian dalam apl
4.8
14.7K ulasan
100K+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja
Kongsi ucapan mudah alih bersaiz kecil yang menampilkan animasi dan muzik serta teks, foto, mesej yang dirakam dan pilihan diperibadikan yang lain. Atau ceriakan hari seseorang dengan menyertakan kad hadiah elektronik daripada ratusan peruncit dan restoran termasuk Macy's, Lyft, Applebee's dan Starbucks.
Blue Mountain Ecards
AGCM, Inc
Pembelian dalam apl
4.6
5.28K ulasan
100K+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Hantar ucapan video dengan mesej, lagu, animasi dan kad hadiah digital khas atau “Smashup” selebriti yang diperibadikan (seperti Dolly Parton memberikan ucapan hari lahir kepada orang yang anda sayangi dengan menyebut nama mereka)! Blue Mountain juga memudahkan anda membuat peringatan untuk acara akan datang dan menjana, membuat pratonton, menjadualkan atau menghantar e-kad melalui e-mel, teks dan media sosial.
Pembuat Kartu Undangan
Greetings Island
Mengandungi iklanPembelian dalam apl
4.8
170K ulasan
10J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Hasilkan kad digital, undangan dan kolaj bagi setiap detik penting atau biasa dengan set alatan dan reka letak grafik Invitation Maker. Lihat templat sohor kini, buat carian mengikut gaya atau kategori, tambahkan sentuhan istimewa anda sendiri dan cetak atau kongsi hasil rekaan anda dalam talian. Anda juga boleh menggunakan versi premium untuk membuka kunci lebih 5,000 templat tambahan di samping ciri mengalih keluar iklan dan tera air.