Latihan menghasilkan kesempurnaan: Apl bermain piano

Bermain piano merupakan hobi yang telah wujud sejak berabad lama tetapi kini anda tidak memerlukan piano grand kecil lagi untuk memainkan lagu. Tidak kira sama ada anda bersemangat untuk belajar, mahu mendalami teori muzik atau mengasah bakat anda, apl ini bersesuaian dengan jiwa muzikal anda.
Piano by Yousician
Yousician Ltd.
Pembelian dalam apl
4.4
24.6K ulasan
1J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Dengan bimbingan Yousician yang mengiringi perjalanan muzik anda pada papan kekunci dalam apl atau pada piano sebenar, lebih kerap anda berlatih, lebih baik persembahan anda. Lihat nota beranimasi sambil belajar memainkan lebih 1,500 lagu popular melalui latihan interaktif – kemudian dapatkan maklum balas segera tentang detik dan ketepatan permainan anda, tetapkan peringatan untuk kekal bermotivasi dan jejaki kemajuan anda dari semasa ke semasa.
Pegboard Synthesizer
Semitune
Pembelian dalam apl
4.1
386 ulasan
100K+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Gunakan Pegboard sebagai pensintesis muzik mudah alih dan papan kekunci/pengawal MIDI untuk menghidupkan lagu dan skap bunyi. Mainkan hingga lapan nota sekali gus, buat gubahan dengan enam modul kesan bunyi, bereksperimen dengan lebih 400 skala yang unik dan 70 pratetapan kilang atau tingkatkan permainan anda untuk mengakses pelbagai ciri profesional tambahan seperti penyegerakan merentas platform untuk memastikan projek muzik anda teratur.
Magic Piano by Smule
Smule
Mengandungi iklanPembelian dalam apl
4.0
991K ulasan
50J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Ahli muzik serta bukan ahli muzik sama-sama dapat menikmati dan memainkan lebih 50,000 gubahan klasik dan lagu popular dalam carta dengan apl muzik yang digamifikasikan ini. Anda boleh memilih genre dan tahap kesukaran yang dikehendaki, bergembira dengan cabaran ketikan jari-jemari yang menyeronokkan serta memperoleh pencapaian dan ganjaran atau sekadar bermain dengan gaya bebas pada papan kekunci Piano Ajaib.
Skoove: Learn Piano
Learnfield GmbH
Pembelian dalam apl
4.4
9.89K ulasan
500K+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Belajar bermain piano langkah demi langkah dengan kursus asas dan lanjutan yang disesuaikan dengan jadual, matlamat dan tahap pengalaman anda. Pelajaran Skoove merangkumi topik seperti menguasai kord dan membaca helaian muzik semasa anda berlatih dan memainkan genre daripada jazz dan blues hingga rock sambil menerima petua dan maklum balas tentang perkara yang perlu ditingkatkan.