Temukan buku audio, audio siar dan pelbagai lagi pada Audible

Temukan audio siar kegemaran baharu anda, dengar buku yang mahu dibaca atau terokai Karya Asli Audible. Anda boleh menyemak imbas koleksi buku audio, audio siar, program meditasi dan pelbagai lagi yang telah dipilih susun. Mula mendengar audio mengikut cara anda melalui keahlian Audible.

Mulakan

Untuk menyertai Audible, log masuk ke akaun Amazon anda daripada apl. Ahli boleh memilih daripada keahlian Audible Plus atau Audible Premium Plus untuk mengakses ribuan buku audio dan kandungan audio yang lain. Mahu cuba dahulu sebelum membuat pembelian? Audible menawarkan percubaan percuma semasa pendaftaran untuk pengguna yang mahu melihat dahulu pustaka sepintas lalu.
Kategori Audible
Cari judul yang anda gemari atau temukan judul baharu melalui tab “Temukan”. Anda boleh menyemak imbas kategori seperti Buku Terlaris, Keluaran Baharu, Audio Siar Asli dan pelbagai lagi. Audible juga menawarkan syor kepada pengguna mengikut koleksi dengan pelbagai genre untuk dipilih berdasarkan cita rasa anda sendiri.
Pustaka anda
Memandangkan anda telah mula membina pustaka anda sendiri, anda boleh mula mendengar audio. Tapis koleksi anda mengikut kandungan Belum Dimulakan, Sedang Dibaca, Dimuat Turun atau Selesai. Audible adalah serasi merentas peranti. Oleh hal yang demikian, setelah akaun anda disegerakkan, anda boleh menyambung semula pembacaan anda dari tempat anda berhenti pada mana-mana peranti tersambung.
Petua
Muat turun kandungan audio untuk didengar luar talian dan semasa dalam perjalanan melalui jam tangan pintar anda.
Dengar mengikut cara anda
Nikmati pengalaman mendengar dengan kawalan penuh. Laraskan kelajuan pengisahan audio untuk mendapatkan rentak yang paling sepadan dengan rentak bacaan anda atau tetapkan pemasa bagi tempoh audio yang anda mahukan untuk mendengar audio. Anda juga boleh melaraskan tetapan untuk disesuaikan dengan persekitaran anda dengan Mod Kereta untuk mendengar audio secara bebas tangan sambil memandu atau Whispersync untuk peralihan yang lancar antara mendengar melalui Audible dengan membaca pada Kindle.
Petua
Mod Kereta Audible serasi dengan navigasi Waze agar anda dapat menghayati suatu cerita dan tidak sekali-kali tersesat dalam perjalanan.
Menerusi keahlian Audible Plus, anda boleh menikmati akses kepada ribuan buku, termasuk Karya Asli, buku audio dan pelbagai lagi. Koleksi buku terlaris dan keluaran baharu yang luas turut tersedia kepada ahli Audible Premium Plus, dengan pilihan untuk memilih satu buku audio sebulan untuk disimpan.

Terokai dunia audio yang menampilkan buku dan cerita kegemaran anda serta pelbagai lagi – anda hanya perlu menekan “Main”.
Audible
Audible, Inc.
Mengandungi iklanPembelian dalam apl
4.6
1.58J ulasan
100J+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja