"Mukmin ialah mereka yang menutup keaiban dan memberi nasihat.Tetapi si jahat ialah mereka yang membuka keaiban dan memalukan saudaranya."
Projek membaiki umat mestilah melalui jalan nasihat yang sesuai.Ia bukan sekadar bercakap atau menulis apa yang dirasakan betul, tetapi ia menyandarkan setiap perbuatan itu dengan had-had yang dibenarkan oleh agama.
Buku ini membantu pembaca memahami konsep yang sesuai menurut perbahasan hadis ke 7 di dalam " Himpunan Hadis 40 Imam al-Nawawi". Semoga anda memperolehi kebaikan dengan membacanya.