Adam merupakan seorang yang biasa-biasa dan rendah diri. Dia juga mempunyai ingatan jangka pendek, yang mana sering memberi masalah pada semua orang. Dia hanya dihormati kerana adanya Arash yang sentiasa mempertahankan adik kembarnya itu. Namun kelebihannya dalam bersukan menjadikannya tumpuan di sekolah tersebut.
Tetapi satu hari, kehilangan Arash menjadi misteri memandangkan agensi penyiasatan abangnya itu menyembunyikan segala informasi. Adam dipilih untuk menyelesaikan misi yang tergendala sekaligus mencari abangnya dalam masa yang sama. Tetapi, berjayakah dia dengan kondisi ingatan jangka pendeknya itu?
“Satu soalan, jadi ejen ni dapat gaji tak?”
-Adam.