Kemarahan Asyikin dan Maliz pula bagai gunung berapi mahu meletup. Mereka hanya ditawarkan menjadi petugas di Radio 10. Oh, mengapa mesti di radio sahaja! Mengapa Zaza pula harus dipilih ke TV10? Zaza bukan pandai melaram. Zaza bukan tahu berpakaian glamor! Sudahlah bersaiz XL, entah-entah penuh skrin TV10 kalau mahu tayang muka Zaza. Kebencian Asyikin dan Maliz tidak terbendung. Mereka merancang mahu jadi pelajar praktikal yang paling bergaya, yang baju dan kasutnya bling-bling. Biar dari jarak 5 kilometer orang sudah nampak mereka. Biar muka tumbuh jerawat akibat bersolek tebal, itu tidak mengapa... asalkan diri glamor!
Oh, sebenarnya hidup glamor tidak seindah mana! Seksa sebenarnya hidup glamor seperti artis ini! Ada sahaja paparazi mengintai.Pastinya glamor itu hanya menyusahkan!