telah dijernihkan kalbunya, menunggang Buraq layang yang sakti,
dan jauh dari Hijir di mana tidur alam dan manusia, dan dalam
mimpi, telah jauh ke angkasa seluruh diri dan batin Nabi, dan
kini selepas meneguk susu, menolak arak dan madu, menghadap ia
keajaiban, terlintas sebentar, melintas sebentar, amat haru;
pesanan yang kemerlap, dibaca dalam aneka tamsil, mengembang
di hadapannya, ditenung dan dihayati sebelum dipetik satu-satu.
Β Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura, sebelum melanjutkan pelajaran tingginya ke Victoria Institution, juga di Singapura.
Atas jasa dan khidmat bakti beliau dalam bidang kesusasteraan Melayu Malaysia, beliau dianugerahkan pelbagai hadiah dan penghargaan seperti Anugerah Pejuang Sastera (1976) dan Anugerah Sastera Negara (1985). Pada tahun 2003, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.Β