Kehidupan awal beliau tidak memberikan bayangan tentang apa yang bakal berlaku. Dalam buku ini, beliau menceritakan sendiri bagaimana beliau mengharungi kemiskinan dan keperitan hidup pada zaman perang, pengalaman kerja dalam perkhidmatan awam dan bagaimana beliau menangani cabaran sehingga akhirnya berjaya menggapai puncak kejayaan dalam dunia perniagaan.
Buku Anak Seorang Drebar ini bukan sekadar kisah tentang legasi perniagaan, tetapi juga kisah tentang keluarga, sifat rendah hati dan mengenang budi, kehilangan, serta ketinggian jiwa seorang insan.