Antropologi Dan Sejarah Dalam Kearifan Tempatan (Penerbit USM)

· Penerbit USM
4.3
7 reviews
eBook
206
Pages

About this eBook

 

Buku berjudul Antropologi dan Sejarah dalam Kearifan Tempatan ini mengandungi 15 bab. Kesemua judul saling berkaitan antara sejarah dan antropologi. Tajuk-tajuknya ialah Almanak dan Pelangkah: Panduan Perantau Jawa dan Suku Duano; Sistem Barter Antarabangsa antara Wanita Orang Asli Kuala dengan Penduduk Singapura: Kajian Kes Orang Asli Kuala di Pontian Johor; Keteguhan serta Kecekalan Pendirian Orang Melayu di Australia Barat Kesan Pengaruh Kognitif dan Psikologi; Kearifan Tempatan dalam Ilmu Kecantikan Tradisional dan Transformasinya; Kedinamikan dan Daya Hidup Bahasa Orang Asli Melayu-Proto di Malaysia; Teknologi Perkapalan dan Legasi Pelayaran Melayu di Selat Melaka pada Abad ke-18 dan ke-19; Antu dalam Budaya Tradisi Masyarakat Iban.Tajuk-tajuk lain juga ialah Budaya Kenal-Mengenali sebagai Nilai Kearifan Tempatan di Sabah; “Tangkapan Banyak Kerana Tuah”: Pengetahuan Tempatan dan Amalan Peribumi oleh Nelayan Bandar di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah; Nelayan dan Penangkapan Hasil Laut: Satu Teknik Kearifan Tempatan di Beserah, Pahang; Memartabatkan Masakan Tradisional Berasaskan Ikan Air Tawar di Alam Masyarakat Desa Lenggong, Perak; Asimilasi Budaya Kaum Melayu Terhadap Budaya Kaum Imigran di Malaysia; Asal Usul Adat Minangkabau; Tradisi Meugang dalam Masyarakat Suku Acheh di Kota Medan, Provinsi Sumatera Utara dan Rekonstruksi Epistemologi Pandangan Alam Melayu Islam.Kesemua tulisan ini adalah hasil penyelidikan para akademik dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan ilmu kearifan tempatan di rantau ini. Jadi secara keseluruhannya tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun, hampir kesemuanya mempunyai hubung kait dengan kearifan tempatan. Hal ini tentunya melambangkan sumbangan ilmu masyarakat lampau di rantau ini yang telah berkembang dalam hampir kesemua bidang ilmu. Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada membaca buku ini.

Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Ratings and reviews

4.3
7 reviews
Laz Home Official
17 November 2020
memuaskan
Did you find this helpful?
Nestle Malaysia Global
17 November 2020
memuaskan
Did you find this helpful?

Rate this eBook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Centre instructions to transfer the files to supported eReaders.