Azzah AR adalah jurulatih penulisan profesional Akademi HERO dan jurulatih bertauliah untuk Modul Teknik Surah Yusuf daripada pengasasnya, Puan Ainon Mohd. Berkecimpung dalam industri penulisan kreatif sejak tahun 2007 dan telah menghasilkan 13 buah buku termasuk novel dan antologi cerpen setakat ini. Sudah melatih ratusan novelis di Malaysia, Singapura, Indonesia, Mesir, Australia, dan Turki sejak tahun 2011.