BRR... SEJUKNYA SALJI!

· Galeri Ilmu Sdn Bhd
3.0
2 則評論
電子書
224

關於本電子書

Ida Farzana melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Dia juga rasa mengantuk. Ida Farzana termenung sambil menongkat dagunya. Dia berasa sangat bertuah dikurniakan pelbagai peluang untuk mempelajari budaya masyarakat asing. Bukan itu sahaja, pengalaman berjalan di tempat orang dirasakan cukup berharga dan bernilai.


Beberapa ketika kemudian, bas bergerak semakin perlahan. Ketika itulah Ida Farzana melihat satu papan tanda yang cukup dikenalinya.


“Eh, sudah sampai rupanya. Mujur aku ternampak papan tanda itu,” bisik hati Ida Farzana, lalu turun dari bas dengan kadar segera.


Ida Farzana menggagahkan kaki melangkah pulang biarpun badannya sungguh penat. Namun, dia berasa tidak sedap hati. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Kemudian barulah dia perasan bahawa Syazwan tidak ada bersamanya.


“Alamak, Syazwan!” teriak Ida Farzana. Tanpa di-sengajakan, dia telah meninggalkan adiknya yang masih terlena di dalam bas. Ida Farzana mulai menggelabah apabila melihat bas sudah pun bergerak meninggalkan perhentian bas berkenaan.


“Ya Allah! Apa yang harus aku buat sekarang?” soal Ida Farzana pada dirinya sendiri.


評分和評論

3.0
2 則評論

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。