Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid

· PTS One
4.0
11 reviews
Ebook
448
Pages

About this ebook

Peti derma Masjid Victoria tidak boleh dibuka kerana nombor kombinasinya entah ke mana. Zahra, gadis pemalu yang suka bertudung hitam diarahkan menyiasatnya. Dibantu dengan rakan-rakannya yang juga pemalu, Zahra perlu berhadapan dengan penduduk Kampung Nabawan Vitoria yang aneh-aneh.

Bukan sahaja perlu menyiasat, Zahra juga perlu bersaing dengan seorang penyiasat yang gemar berpakaian putih. Penyiasat yang sentiasa mendahului Zahra. Namun, tanpa mereka sedari, semua langkah mereka sudah diperhatikan oleh seorang perempuan bertudung biru.

Apa seterusnya yang terjadi kepada Zahra dan rakan-rakannya?

Ini bukan kisah berkenaan itu sahaja. Temui juga Tuan Crocodile, Mawar Astakona Harum Berlima dan L. Jalil dan ramai lagi watak yang akan mengharu birukan hidup Zahra dan rakan-rakannya.

Ratings and reviews

4.0
11 reviews
Nazmi Naim
February 25, 2018
Rasanya sudah tak sama dgn novel pertama Detektif Bertudung Hitam. Teknik menimbulkan soalan yg digunakan pada watak kerap digunakan. Selain itu, saya harapkan rakan2 watak utama lebih bijaksana instead of bersifat lurus. Watak Jazabel lebih konsisten perkembangannya berbanding Zamri. Anyway, I'm waiting for the 3rd series of Detektif Bertudung Hitam.
Did you find this helpful?
aaf何
March 12, 2016
Memang best cerita buku ni..
2 people found this review helpful
Did you find this helpful?

About the author

 Nama sebenarnya Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri. Beliau berasal daripada Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Iboi / Pelandok sebelum menyambung ke SMK Sadong Hilir (Semera). Selepas SPM penulis melanjutkan pelajaran ke matrikulasi UPM dan seterusnya ke Bachelor Ekonomi, juga di UPM.

Penulis mula menulis secara serius bermula pada tahun 2007. Sehingga kini, sudah lebih 20 buah bukunya diterbitkan. Novel 'Doa Untuk Aku' sudah diadaptasi menjadi drama televisyen. 

Beliau memilih gaya penulisan yang sederhana dan mudah bagi difahami oleh pembaca. Genre yang senang beliau uliti adalah genre berkenaan kehidupan manusia-manusia kecil. Antara kelebihan penulis, beliau mampu mengangkat tema-tema kecil menjadi sesuatu yang sangat dalam dan membuatkan pembaca terfikir-fikir. Gaya bahasanya walaupun mudah dan sederhana, tetapi lenggoknya memberikan rantaian keindahan apabila dibaca. Ia mempunyai magis yang tersendiri, sesuatu yang jarang dimiliki oleh penulis Malaysia.

Beliau sekarang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan buku terkenal Malaysia. Di samping menulis buku, beliau juga adalah seorang bapa kepada dua orang puteri (setakat artikel ini ditulis), juga sering dijemput menjadi penceramah penulisan kepada remaja.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.