PANTUN AGAMA adalah khazanah yang menyimpan pelbagai pemikiran, tingkah laku dan budaya Melayu. Orang Melayu berpantun ketika bergembira dalam perayaan, ketika bergotong royong, ketika menidurkan anak, ketika berkasih, dan ketika bermain bersama kawan-kawan. Bahagian pertama pada buku ini mengandungi hasil kajian penulis terhadap penuturan dan isi pantun-pantun agama di Sumatera, Brunei, Patani, Jawa, Sulawesi, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bahagian kedua pula mengandungi pantun-pantun yang bertema agama secara khusus. Ia meliputi aspek ketinggian ilmu, pelbagai perkara tentang rukun iman, pelbagai perkara rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, dan haji. Kemudian dilengkapkan lagi dengan pantun-pantun tentang tasawuf seperti akhlak, sifat rendah diri dan sebagainya.