DHIYA ZULAIKHA: Cinta, kekeluargaan, & ketagihan dadah.

· LM Books Paradise
5.0
20 opiniones
Libro electrónico
359
Páginas

Acerca de este libro electrónico

Tidak pernah tahu dengan siapa cinta itu akan bertaut. Namun bukan semua elok dipandang dan direstu. Perbezaan umur dan taraf hidup dijadikan jurang yang besar menuntut kepastian. Walaupun Izan Ezany tidak pernah cuba mengingati seseorang bernama ‘kawan’, tetapi pada Dhiya Zulaikha, cinta pertama adalah cinta sejatinya. Izan Ezany, playboy yang tidak pernah gagal dalam mencairkan hati wanita. Dia menjadikan dadah dan arak sahabat terbaik tatkala menemui jalan buntu.

Segala-galanya berubah dalam sekelip mata, ada yang cuba menerima dan memahami, tetapi kebanyakan mereka lebih suka menuding jari dan menggalaskan semua tanggungjawab ke bahunya. Satu-persatu hidup yang jelas diragut menjadi satu mimpi ngeri yang tidak mahu menghilang. Dia hanya mampu tersedar apabila segalanya telah terlalu lewat.

Namun bibit-bibit keinsafan masih wujud di dalam diri. Dia menjadi lebih 

tabah menghadapi sebuah hakikat yang tidak boleh diubah, bersama 

satu-satunya insan yang meletakkan kepercayaan pada dirinya.


Kebahagiaan yang digenggam hanya seketika bila adik lelakinya, 

Fariz Ezany menyimpan perasaan kepada perempuan yang dia paling 

sayang. Bila diri sendiri disahkan mengidap kanser darah, bila adik 

perempuannya Ziana tidak mahu melihat ada bahagia yang wujud 

di dalam hidupnya, Izan Ezany mengambil keputusan untuk mengundur diri.


Mungkinkah Dhiya Zulaikha dapat memahami dan menerima keputusan 

lelaki itu? Adakah Dhiya Zulaikha sudi menerima 

Fariz sebagai suaminya? Adakah segalanya akan berakhir setelah 

Izan Ezany mengorbankan seluruh kehidupan sendiri? Atau masih 

ada ruang keampunan buat insan yang kerdil itu menggapai bahagia? 

Benarkah hukuman mati itu ditakdirkan untuknya demi membayar 

dosa masa silam itu?....


desclaimer : tentang isu anak angkat. keluarga Dato Ridzhuan sangat kaya. kenapa boleh anak angkat dinasabkan ke keluarga angkat, secara dramatik dan logik, sebab keluarga mereka adalah kaya, berdasarkan perjanjian orang dulu dulu antara keluarga makcik azrin dan puan marina , mengikut undang undang dahulu yg menjadikan duit sebagai perantaraan. Dato' Ridzhuan ada bualkan semasa di dalam bilik bersama Datin Marina. Harap memahami. ^^

Calificaciones y opiniones

5.0
20 opiniones

Acerca del autor

AUTHOR BIO :

MIYA RYUIKI / OHMIYA

26 YEARS OLD (2014) during this book released.

Boutique & books cafe shareholder, Scriptwriter, Traveller, Publisher, Author, cryptocurrency addicted.

currently living in South korea from 2016.

facebook : ohmiya88


Califica este libro electrónico

Cuéntanos lo que piensas.

Información de lectura

Smartphones y tablets
Instala la app de Google Play Libros para Android y iPad/iPhone. Como se sincroniza de manera automática con tu cuenta, te permite leer en línea o sin conexión en cualquier lugar.
Laptops y computadoras
Para escuchar audiolibros adquiridos en Google Play, usa el navegador web de tu computadora.
Lectores electrónicos y otros dispositivos
Para leer en dispositivos de tinta electrónica, como los lectores de libros electrónicos Kobo, deberás descargar un archivo y transferirlo a tu dispositivo. Sigue las instrucciones detalladas que aparecen en el Centro de ayuda para transferir los archivos a lectores de libros electrónicos compatibles.