Phd Mama

· PTS Publishing House Sdn. Bhd.
5.0
1 review
Ebook
163
Pages

About this ebook

Hakikatnya, kita semua ada jalan cerita yang berbeza. Masing-masing punya matlamat sendiri, kekuatan diri, dan juga keluarga yang sudah tidak sama.

Seperti saya, matlamat saya ke luar negara kerana perlu menyambung PhD di sana, kerana itulah syarat yang dikenakan oleh universiti tempat saya berkhidmat sebagai pensyarah. p.p1 {margin: 0.0px 0.0px 0.0px 0.0px; font: 18.0px Helvetica; color: #ffffff} p.p2 {margin: 0.0px 0.0px 0.0px 0.0px; font: 25.0px Helvetica} span.s1 {font: 18.0px Helvetica; color: #ffffff} span.s2 {font: 25.0px Helvetica; color: #000000}

Ratings and reviews

5.0
1 review

About the author

Bahruddin Bekri

Nama sebenarnya Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri. Beliau berasal daripada Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Iboi / Pelandok sebelum menyambung ke SMK Sadong Hilir (Semera). Selepas SPM penulis melanjutkan pelajaran ke matrikulasi UPM dan seterusnya ke Bachelor Ekonomi, juga di UPM.

Penulis mula menulis secara serius bermula pada tahun 2007. Sehingga kini, sudah lebih 20 buah bukunya diterbitkan. Novel 'Doa Untuk Aku' sudah diadaptasi menjadi drama televisyen.

Beliau memilih gaya penulisan yang sederhana dan mudah bagi difahami oleh pembaca. Genre yang senang beliau uliti adalah genre berkenaan kehidupan manusia-manusia kecil. Antara kelebihan penulis, beliau mampu mengangkat tema-tema kecil menjadi sesuatu yang sangat dalam dan membuatkan pembaca terfikir-fikir. Gaya bahasanya walaupun mudah dan sederhana, tetapi lenggoknya memberikan rantaian keindahan apabila dibaca. Ia mempunyai magis yang tersendiri, sesuatu yang jarang dimiliki oleh penulis Malaysia.

Beliau sekarang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan buku terkenal Malaysia. Di samping menulis buku, beliau juga adalah seorang bapa kepada dua orang puteri (setakat artikel ini ditulis), juga sering dijemput menjadi penceramah penulisan kepada remaja.

Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Ph.D.

Beliau dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Mula mendapat pendidikan di Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Undang-Undang) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2000 dan Ijazah Sarjana (Undang-Undang Perbandingan) pada tahun 2001 dari universiti yang sama.

Kemudian, beliau menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (Ph. D.) dalam bidang undang-undang di Keele University, United Kingdom.

Kini, beliau adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau juga adalah Timbalan Pengarah, Pusat Permata Insan USIM, serta Ketua Kluster dan Felo Penyelidik INFAD.

Di samping menumpukan dalam bidang akademik, beliau turut aktif menulis buku. Antaranya Salah Faham Tentang Islam…Tetapi Anda Malu Bertanya terbitan Telaga Biru serta aktif menulis artikel dan mempunyai ruangan tetap di Akhbar Perdana Berita Harian.

Selain itu, beliau aktif muncul dalam rancangan-rancangan agama di televisyen seperti Tanyalah Ustazah TV9, Forum Perdana Ehwal Islam TV1, Soal Wanita TV Al-Hijrah, Al-Hidayah, dan Al-Kulliyyah TV3. Beliau juga adalah salah seorang daripada panel juri profesional rancangan Cari Menantu musim pertama dan rancangan realiti Adik-Adikku musim keempat serta banyak lagi.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.