Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah

· PTS Millennia
4.8
31 reviews
Ebook
176
Pages

About this ebook

 Solat adalah topik yang tidak pernah habis ditulis dan dibincangkan. Setiap kali kita membaca berkenaannya, pasti hadir rasa kekurangan dalam solat yang dikerjakan selama ini. Walaupun sejak kecil kita sudah belajar dan hafal semua bacaan dan gerakannya, perasaan kurang yakin itu tetap ada dalam hati. Ada waktunya kita tidak khusyuk mengerjakan solat. Kita tidak fokus dan kurang faham maksud semua bacaan, malah gerakan solat kita juga tidak sempurna, sehingga secara umumnya kita berasa seluruh aspek perlaksanaannya kurang sempurna. Ini alasan utama mengapa ilmu solat perlu sentiasa dicari, dipelajari, dan dihayati oleh setiap orang Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan, solat adalah tiang agama dan juga amalan pertama yang akan diperiksa di akhirat kelak. Sekiranya solat seseorang itu baik, sesungguhnya dia berjaya dan beruntung. Namun, sekiranya solatnya buruk, dia termasuk golongan yang gagal dan rugi.

Buku ini memiliki keistimewaan tersendiri sebagai buku panduan solat yang ringkas namun padat, mudah, praktikal, serta lengkap dengan rajah, ilustrasi, serta gambar langkah demi langkah. Kandungannya ringkas kerana buku ini hanya membincangkan perkara-perkara yang penting sahaja. Ini menjadi mudah kerana bahasanya ringkas dan juga praktikal kerana disampaikan langkah demi langkah bermula daripada membasuh kedua tangan ketika berwuduk sehingga memberi salam. 

Buku ini lengkap kerana merangkumi semua isu dalam solat, iaitu tata cara, makna, kelebihan, kesalahan umum, tip-tip, perbezaan antara imam, makmum, dan  individu yang solat bersendirian serta hal-hal yang lain. Selain itu, turut dimuatkan imej, gambar rajah, serta ilustrasi bagi menyokong kandungan buku. Semua hadith dalam buku ini kami pilih dengan teliti, iaitu hanya hadith yang sahih dan benar disahkan oleh pakar-pakar hadith.Semoga buku ini dapat memudahkan umat Islam dalam mempelajari dan mendirikan solat yang sempurna seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Semoga tulisan ini berfaedah untuk kita semua serta usaha penulis ini diterima oleh Allah s.w.t. Akhir kata dan sekali lagi, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. 

Ratings and reviews

4.8
31 reviews

About the author

Fahrur Muis 

Fahrur Muis lahir pada 14 Mei 1981 di Jepara, Jawa Tengah, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Dasar SD N 1 Sinanggul, Mlonggo, Jepara (1994), Sekolah Tsanawiyah dan Aliyah Maahid Kudus (1997 dan 2000), Sekolah Abu Bakar As-Siddiq Surakarta (2002), Lembaga Bahasa Arab dan Pengajian Islam Al-Imarat, Bandung (2003), serta meraih gelaran sarjana dalam pendidikan Islam dengan cum laude daripada Universiti Muhammadiyah Surakarta (2006). Antara karya beliau adalah Bahagia Saat Sakit (Pustaka Iltizam, 2007), Nama Terindah untuk Anakku (Pustaka Ad-Da’wah, 2007), Agar Solat Tak Sia-Sia (Pustaka Iltizam, 2007), Sedekah Tanpa Uang (Aqwam, 2007), Rajin Solat Badan Sehat (Aqwam, 2007), Syarah Hadits Arbain An-Nawawi (MQS Publising, 2009), Berubat dengan Solat (PTS Islamika, 2009), dan Solat A-Z (Aqwam, 2009). Suntingan dan karya terjemahan beliau sudah melebihi 50 buah buku dan diterbitkan oleh pelbagai syarikat penerbitan.Sumbangan idea, nasihat dan cadangan boleh disampaikan kepada beliau melalui emel fahrurmuis@gmail.com, blog www.fahrurmuis.blogspot.com, ataupun melalui editor beliau di talian 081 329 310 175.

Muhammad Suhadi

Muhammad Suhadi lahir pada 14 November 1979 di Blora, Jawa Tengah, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan di MI Islamiyah Tawangrejo, Kunduran, Blora (1990), Sekolah Tsanawiyah dan Aliyah Ngaringan, Grobogan (1995 dan 1998) dan Program Pra-Univerisi Persiapan Bahasa dan Pematangan Bahasa LIPIA (Lembaga Pendidikan Islam dan Arab) iaitu cawangan Universiti Imam Ibnu Suud Arab Saudi di Jakarta (2003 dan 2004). Beliau juga adalah lulusan S1 Fakultas Syariah (2008) daripada universiti yang sama. Sejak di bangku pengajian sehingga sekarang, Muhammad Suhadi aktif menterjemah buku-buku Arab untuk penerbit buku-buku Islam. Sehingga hari ini, kurang lebih 30 karya terjemahannya sudah diterbitkan oleh syarikat penerbitan Pena, Hikmah, Mizan, Qisthi Press, Cakrawala Publishing, Akbar, Aqwam dan lain-lain. Di sebalik kesibukannya sebagai editor di syarikat penerbitan AQWAM Solo, bapa kepada Arina Rasyada dan suami kepada Khalifatun Nasriyah ini juga mengajar di Pusat Pengajian Mahasiswa Islam Al-Ausath Solo, aktif memberi syarahan di majlis-majlis agama, serta menulis buku bersama pengarang Fahrur Muis. Di antara karya mereka bersama adalah Syarah Hadits Arbain An-Nawawi (MQS Publishing 2009), Solat A–Z (Aqwam Solo 2009), serta buku-buku lain yang masih dalam pembikinan. Antara buku beliau yang diterbitkan di PTS adalah Hebatnya Bangun Awal Pagi, Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah, dan Misteri Terkabulnya Doa. Sumbangan idea, nasihat, serta cadangan boleh disampaikan ke emel beliau di  hadi_blora@yahoo.co.id ataupun di talian 0813 262 252 80. 

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.