First Things First Edisi Bahasa Melayu

· PTS Publishing House Sdn. Bhd.
5.0
3 則評論
電子書
508

關於本電子書

 Adakah jiwa dan pemikiran kita sering mengeluh dek kerana merasakan diri kita belum benar-benar bagus dalam apa juga perkara yang dilakukan? Persoalan ini bakal terjawab menerusi empat bahagian dalam buku First Things First ini:

1) Jam dan Kompas

2) Perkara Paling Utama adalah Memastikan Perkara Paling Utama adalah Perkara Paling Utama

3) Sinergi Saling Bergantung

4) Kuasa dan Ketenangan Hidup Berprinsip

Menerusi buku ini, kita tidak akan dibekalkan dengan jam, tetapi kompas. Ini kerana hala tuju kita jauh lebih penting daripada berapa laju perjalanan kita.

評分和評論

5.0
3 則評論

關於作者

 Stephen R. Covey adalah seorang pakar kepimpinan, keluarga, guru, perunding organisasi dan syarikat, serta penulis yang dikenali seluruh dunia. Beliau sudah mendedikasikan seluruh hidupnya kepada pengajaran cara hidup dan kepimpinan yang

berteraskan prinsip kepada institusi keluarga dan organisasi. Beliau lulusan MBA dari Universiti Harvard dan memiliki ijazah kedoktoran dari Universiti Brigham Young, di mana beliau bertugas sebagai profesor pengajian pengurusan perniagaan
dan organisasi. Dr. Covey pernah menulis beberapa buku, termasuk bestseller antarabangsa, 7 habits of Highly Effective People, yang dinamakan Buku Bisnes #1 Paling Berpengaruh Dalam Abad Ke-20 dan diakui adalah antara 10 buku pengurusan
yang berpengaruh pernah ditulis dalam sejarah. Buku tersebut sudah diterjemah ke dalam 38 bahasa dan terjual lebih 18 juta naskhah di seluruh dunia. Lain-lain bestseller hasil tulisan beliau termasuk The 8th Habit: From Effectiveness to Greatness,
First Things First, Principle-Centered Leadership, 7 habits of Highly Effective Families,  Living 7 habits, dan Everyday Greatness, dengan lebih 20 juta naskhah terjual di seluruh dunia. Sebagai bapa kepada sembilan orang anak, dan datuk kepada 50 orang cucu, beliau turut menerima anugerah Bapa Terbaik Tahun 2003 daripada kesatuan National Fatherhood Initiative. Dan mengikut kata beliau, anugerah itu adalah yang bermakna pernah beliau menangi. Lain-lain anugerah dan penghargaan yang dimenanginya termasuk Anugerah Thomas More College bagi sumbangannya kepada umat manusia, Penceramah Terbaik Tahun 1999 dari National Speakers Association, Anugerah Toastmasters Golden Gavel pada tahun 2004, Anugerah Keamanan Antarabangsa Sikh Tahun 1998,
Anugerah Usahawan Terbaik Antarabangsa Tahun 1994, dan Anugerah Pencapaian Hidup Usahawan Kebangsaan bagi bidang kepimpinan. Dr. Covey juga pernah dinamakan majalah Time sebagai salah seorang daripada 25 Orang Amerika Yang Berpengaruh serta pernah menerima lapan ijazah kedoktoran kehormat. Dr. Covey kini bertugas sebagai penolong pengerusi dan adalah antara pengasas syarikat FranklinCovey, sebuah syarikat latihan dan perunding antarabangsa yang khusus dalam bidang pelaksanaan strategi, kesetiaan pelanggan, kepimpinan, dan keberkesanan individu. Visi dan matlamat utama FranklinCovey adalah bagi mengupas kehebatan yang terpendam dalam diri individu, organisasi, serta masyarakat di mana-mana sahaja.

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。