βYa, ada sungai. Hati-hati kerana kadang-kadang air sungai melimpah ketika air laut pasang besar. Kadang-kadang ada binatang berbisa yang merayap,β terang Puan Ani lagi.
Kepala Ustazah Hasanah kelihatan tegak sahaja. Riak wajahnya kelihatan cemas.
βHehehe ... cikgu baru tu takut sungai,β Nonoi bersuara sambil ketawa kecil.
βSaya beritahu cikgu itu nanti, awak cakap begitu,β ugut Qistina.
Nonoi langsung terdiam, bimbang dengan ugutan Qistina. Murid yang lain juga terdiam, tidak jadi ketawa.
βAyuh, kita ke bilik guru besar, lapor diri,β ujar Cikgu Ani lagi setelah menerangkan serba ringkas keadaan persekitaran sekolah.
Kelibat mereka berdua hilang daripada pandangan sebahagian murid Tahun Lima Aktif yang berkerumun di tepi tingkap.
βHei, mengintai!β jerkah Amir lantang. Kehadirannya langsung tidak disedari oleh Qistina, Aisyah, Nonoi dan yang lainnya.
Terkejut besar mereka. Penyapu yang dipegang Aisyah terlepas dari tangannya.
Muka Qistina berubah menjadi merah padam. Hidungnya kelihatan kembang kerana menahan marah.
Amir, Naem dan Budiman ketawa terbahak-bahak. Badan mereka bergegar-gegar. Songkok yang dipakai Naem terjatuh ke lantai.
βJaga kamu!β jerit Qistina. Diambilnya penyapu Aisyah yang jatuh lalu diangkatnya tinggi-tinggi, mahu memukul Amir. Namun belum sempat dia memukul, loceng berbunyi panjang menandakan waktu perhimpunan pagi sudah tiba.
βSelamat,β ujar Amir. Ketawanya masih belum berhenti.
βNanti kamu!β jerit Qistina lagi.
βPrit ... prit ... prit!β Lagak Naem seperti seorang pe-ngadil.
βPertarungan ditangguhkan!β Budiman pula bersuara, membakar hati Qistina.
Mereka bertiga terus ketawa terbahak-bahak.