GENG MENGAJI

· Galeri Ilmu Sdn Bhd
5.0
리뷰 1개
eBook
160
페이지

eBook 정보

“Eh, ada sungai?” ujar Ustazah Hasanah seperti kehairanan dan ketakutan apabila terpandang sebatang sungai kecil di belakang kawasan sekolah.

“Ya, ada sungai. Hati-hati kerana kadang-kadang air sungai melimpah ketika air laut pasang besar. Kadang-kadang ada binatang berbisa yang merayap,” terang Puan Ani lagi.

Kepala Ustazah Hasanah kelihatan tegak sahaja. Riak wajahnya kelihatan cemas.

“Hehehe ... cikgu baru tu takut sungai,” Nonoi bersuara sambil ketawa kecil.

“Saya beritahu cikgu itu nanti, awak cakap begitu,” ugut Qistina.

Nonoi langsung terdiam, bimbang dengan ugutan Qistina. Murid yang lain juga terdiam, tidak jadi ketawa.

“Ayuh, kita ke bilik guru besar, lapor diri,” ujar Cikgu Ani lagi setelah menerangkan serba ringkas keadaan persekitaran sekolah.

Kelibat mereka berdua hilang daripada pandangan sebahagian murid Tahun Lima Aktif yang berkerumun di tepi tingkap.

“Hei, mengintai!” jerkah Amir lantang. Kehadirannya langsung tidak disedari oleh Qistina, Aisyah, Nonoi dan yang lainnya.

Terkejut besar mereka. Penyapu yang dipegang Aisyah terlepas dari tangannya.

Muka Qistina berubah menjadi merah padam. Hidungnya kelihatan kembang kerana menahan marah.

Amir, Naem dan Budiman ketawa terbahak-bahak. Badan mereka bergegar-gegar. Songkok yang dipakai Naem terjatuh ke lantai.

“Jaga kamu!” jerit Qistina. Diambilnya penyapu Aisyah yang jatuh lalu diangkatnya tinggi-tinggi, mahu memukul Amir. Namun belum sempat dia memukul, loceng berbunyi panjang menandakan waktu perhimpunan pagi sudah tiba.

“Selamat,” ujar Amir. Ketawanya masih belum berhenti.

“Nanti kamu!” jerit Qistina lagi.

“Prit ... prit ... prit!” Lagak Naem seperti seorang pe-ngadil.

“Pertarungan ditangguhkan!” Budiman pula bersuara, membakar hati Qistina.

Mereka bertiga terus ketawa terbahak-bahak.


평가 및 리뷰

5.0
리뷰 1개

이 eBook 평가

의견을 알려주세요.

읽기 정보

스마트폰 및 태블릿
AndroidiPad/iPhoneGoogle Play 북 앱을 설치하세요. 계정과 자동으로 동기화되어 어디서나 온라인 또는 오프라인으로 책을 읽을 수 있습니다.
노트북 및 컴퓨터
컴퓨터의 웹브라우저를 사용하여 Google Play에서 구매한 오디오북을 들을 수 있습니다.
eReader 및 기타 기기
Kobo eReader 등의 eBook 리더기에서 읽으려면 파일을 다운로드하여 기기로 전송해야 합니다. 지원되는 eBook 리더기로 파일을 전송하려면 고객센터에서 자세한 안내를 따르세요.