Sejarah Umat Islam

· PTS Publishing House Sdn. Bhd.
4.9
26 reviews
Ebook
1063
Pages

About this ebook

 Sejarah Umat Islam - Edisi 2016 adalah buku yang komprehensif dalam menceritakan kisah sejarah Islam.

Buku ini tidak hanya terhad menceritakan tentang sejarah Nabi Muahmmad s.a.w., bahkan meliputi serata dunia,

dari zaman kegemilangannya hingga zaman keruntuhannya. Antaranya adalah:

TAMADDUN ARAB SEBELUM KEDATANGAN ISLAMDUNIA SEBELUM KEDATANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.PEPERANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.KHALlFAH YANG BEREMPAT (KHULAFA’UR-RASHIDIN) [200]KERAJAAN BANI UMAIYAH (UMAWIYAH)KERAJAAN BANI ABBASKERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ANDALUSIAKERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI AFRlKAKERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DIMESIR, SYAM, DAN SEMENANJUNG ARABPERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI IRAN (PARSI), KERAJAAN MONGOL ISLAM, DAN DAULAT SAFAWIYAHPERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI INDIA DAN AFGHANISTANKERAJAAN TURKI UTHMANIAHPERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI NUSANTARA (ACEH, RIAU, SAMUDRA-PASAI, JAWA, MELAKA, DAN JOHOR)

 


"..Anda akan lihat perjuangan yang tidak habis-habisnya dan anda akan dapat mengambil kesimpulan,"Telah banyak cubaan menimpa Islam.

Kerapkali dia jatuh! Tetapi dia bangun kembali, dan tegak lagi, dan berjalan lagi! Islam tidak akan mati!"" - HAMKA

"Without history, there will be no future." - anonymous


"Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan kita turut hidup dengan mereka.

Oleh itu, rasa hati dan suka duka kita sekarang, adalah rasa hati dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat selama-lamanya." - HAMKA

Ratings and reviews

4.9
26 reviews
A Google user
August 22, 2018
Buku nie mmg best utk dibaca
2 people found this review helpful
Julisa Ramadhan
December 17, 2020
Tokoh Politik Islam, Ulama panutan umat
Norsazlina Aini
August 22, 2019
M.A.Y
1 person found this review helpful

About the author

Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim Amrullah lahir pada 16 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera Barat, dan meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981. Beliau dikebumikan di TPU Tanah Kusir Jakarta. Beliau meninggalkan 10 orang anak, tujuh lelaki dan tiga perempuan.

Nama Hamka bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah di Malaysia, Singapura, Brunei, dan beberapa negara Arab. Beliau diberi gelaran Buya, panggilan masyarakat Minangkabau yang bermaksud ayah atau seseorang yang dihormati. Buya Hamka terkenal sebagai seorang sasterawan, pendakwah, ulama, dan aktivis politik.

Buya Hamka mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Maninjau sehingga darjah dua. Kemudian menyambung pelajaran di Thawalib yang didirikan oleh bapanya sendiri di Padang Panjang. Di situ Buya Hamka belajar agama dan bahasa Arab.

Buya Hamka pernah menjadi guru agama pada tahun 1927 di sekolah Agama Perkebunan Tebing Tinggi, Medan kemudian berpindah ke Padang Panjang pada tahun 1929. Buya Hamka pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam, Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga 1958. Kemudian beliau dilantik sebagai rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta.

Dari tahun 1951 hingga 1960, beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Tinggi Agama Indonesia kemudiannya meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik.

Nama Hamka mula dikenali sebagai sasterawan apabila menulis beberapa buah novel yang diminati ramai hingga sekarang antaranya Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (1937), Di Bawah Lindungan Kaabah (1936), Merantau ke Deli (1940), Tuan Direktur (1939) dan beberapa buah lagi.

Sebagai ulama pula Buya Hamka menulis berpuluh buah buku agama antaranya Tasawuf Moden (1939). Falsafah Hidup (1939) Lembaga Hidup (1940) Lembaga Budi (1940) Tafsir al Azhar 1-30 juzuk dan banyak lagi.

Selain itu Buya Hamka juga pernah memegang jawatan Pegawai Agama di Kementerian Agama, kemudian terlibat dengan gerakan Muhammadiyah dan Masyumi serta menjadi ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI). Buya Hamka juga sering diundang berceramah di radio dan TV Indonesia.

Sebagai ulama Minangkabau, Buya Hamka digelar “Tuanku Syaikh”, berarti ulama besar. Sebagai pejuang kemerdekaan, Buya Hamka mendapat gelaran “Pangeran Wiroguno” daripada Pemerintah Indonesia. Sebagai ilmuan Islam, Buya Hamka mendapat gelaran “Ustadzyyah Fakhryyah” (Doctor Honoris Causa) dari Universitas Al-Azhar, Mesir, pada 1959. Buya Hamka juga dianugerahkan Prof Doktor Hamka dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974.

Buya Hamka pernah ditahan selama dua tahun empat bulan disebabkan perbezaan fahaman politik dengan Presiden Suekarno. Buya Hamka pernah menjadi ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) tetapi kemudiannya meletak jawatan kerana di paksa menarik semula fatwa MUI yang menfatwakan haram hukumnya umat Islam merayakan hari natal. 

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.