Cerpen ini mengisahkan seorang kanak-kanak, iaitu Amin yang membantu ibunya menjual sayur di kampungnya. Kegigihan dan kerajinan Amin turut dipuji oleh penduduk kampungnya. Pada satu hari, ketika Amin sedang mencari ulam di hutan, dia telah menjumpai sebuah bungkusan yang di dalamnya terdapat air ketum. Amin bersama-sama dengan beberapa penduduk kampung akhirnya berjaya membanteras penyeludupan air ketum dengan menangkap penyeludup tersebut.