Hubungan Terrorisme dengan Wahabi

· Pustaka Ilmu Salaf Resources
3.4
리뷰 5개
eBook
109
페이지

eBook 정보

 Gejala “Terrorisme” merupakan isu yang menghantui kurun ke-21 Masihi bermula dengan serangan ke atas menara WTC, Amerika Syarikat pada 11 September 2001, Amerika Syarikat melancarkan serangan besar-besaran ke atas golongan yang mereka labelkan sebagai “pengganas” yang mana sasaran ditujukan secara khusus kepada Umat Islam.     Atas dakwaan memerangi keganasan, Amerika Syarikat telah menceroboh beberapa buah Negara Islam bermula dengan Afghanistan kemudian Iraq, pelancara kembali “Perang Salib” di bawah agenda “Globalisasi” jelas ketampakan melalui ekspedisi ketenteraan ini.

     Kebanyakan Negara Islam terpaksa tunduk kepada desakan Amerika Syarikat untuk “bekerjasama” memerangi keganasan menurut perspektif Amerika Syarikat, seperti lembu dicucuk hidung, mereka hanya mengikut telunjuk Amerika Syarikat tanpa mampu berfikir mahupun menilai sesuatu dakwaan sebagai “Terrorisme” menyebabkan ada pihak yang menjadi kambing hitam dalam ekspedisi ini.

     Gerakan Islam secara umumnya diisytiharkan sebagai sasaran utama dalam peperangan ini dan kita tidak menafikan wujudnya ideologi radikal dan ganas dalam barisan gerakan Islam semenjak kemunculan “al-Khawarij” pada zaman pemerintahan Khalifah Islam ke-4, Amirul Mukminin ‘Ali bin Abi Talib -radiallahu ‘anh-. Namun, menghukum secara pukal gerakan Islam sebagai radikal dan “terroris” adalah satu bentuk pemikiran “ganas” dan “radikal” yang tidak boleh diterima sama sekali.

     Jika dikecilkan lagi skop sasaran dalam peperangan menentang keganasan ini, kita dapati golongan yang dilabel sebagai “Wahabi” atau “Salafi” merupakan sasaran mudah dan kambing hitam paling popular dijadikan sasaran. Label “Salafi Jihadi” sentiasa dikumandangkan apabila berlaku sebarang tindakan terrorisme menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap golongan yang disebut “Salafi” ini.

     Sejauh manakah kebenaran bahawa gerakan “Salafi” adalah pembawa pemikiran radikal dan terrorisme? Apakah prinsip ajaran golongan ini yang menjadi landasan tindakan terrorisme yang berlaku? Buku yang ringkas ini akan menjawab persoalan ini dan membuktikan bahawa berlawanan dengan tanggapan umum, sebenarnya ajaran dan prinsip-prinsip yang dipegang oleh gerakan Salafi adalah ubat yang paling mujarab untuk mengubati virus terrorisme ini.

Kandungan:
=> Pendahuluan
=> Fasal Pertama: Pengenalan Terhadap Gerakan Wahabi / Salafi
=> Fasal Kedua: Masalah “Takfir” & Pelaku Dosa Besar
=> Fasal Ketiga: Interaksi dengan Pemerintah Muslim
=> Fasal Keempat: Sikap Ulama’ “Wahhabi” dalam Isu Terrorisme Moden
=> Penutup
=> Biografi Penulis

평가 및 리뷰

3.4
리뷰 5개

저자 정보

Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri
B.A Dakwah & Usuluddin, Universiti Islam Madinah
Kandidet M.A Dakwah & Usuluddin, Universiti Antarabangsa Al-Madinah
Pegawai Eksekutif Dakwah, Yayasan Ta'lim

이 eBook 평가

의견을 알려주세요.

읽기 정보

스마트폰 및 태블릿
AndroidiPad/iPhoneGoogle Play 북 앱을 설치하세요. 계정과 자동으로 동기화되어 어디서나 온라인 또는 오프라인으로 책을 읽을 수 있습니다.
노트북 및 컴퓨터
컴퓨터의 웹브라우저를 사용하여 Google Play에서 구매한 오디오북을 들을 수 있습니다.
eReader 및 기타 기기
Kobo eReader 등의 eBook 리더기에서 읽으려면 파일을 다운로드하여 기기로 전송해야 합니다. 지원되는 eBook 리더기로 파일을 전송하려면 고객센터에서 자세한 안내를 따르세요.