Disertai gambar rajah berwarna, latihan dan panduan untuk membantu pembaca memahami dan menguasai ilmu Tajwid dengan sempurna hingga mampu:
- membaca al-Quran dengan melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul,
- memenuhi hak-hak setiap huruf dan
- menepati kadar bacaan pendek atau panjangnya serta waqaf dan ibtida’.
Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan pengkhususan Tafsir dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Pengasas Sistem Genius Membaca al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah al-Badar. Perunding Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd. Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills dan Islamic Leadership Program.