Sherlock Holmes: A Study in Scarlet dan The Sign of Four - Edisi Bahasa Melayu

· Penerbit-X
4.8
13 reviews
Ebook
408
Pages

About this ebook

 Penyiasat genius eksentrik yang ikonik, Sherlock Holmes dan sahabatnya, Dr. John H. Watson mula diperkenalkan dalam majalah Beeton's Christmas Annual pada tahun 1887. Dan hingga kini, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Sherlock Holmes adalah watak fiksyen paling terkenal dan telah muncul dalam pelbagai bahasa dan medium. Buku ini mengandungi dua novel terawal, A Study in Scarlet, tentang misteri pembunuhan yang memeningkan dan tulisan Rache berdarah pada dinding, dan The Sign of Four, memperkenalkan watak Mary Morstan, wanita muda yang meminta bantuan Holmes dan Dr. Watson merungkai misteri mutiara yang diterimanya setiap tahun, beberapa tahun selepas kematian ayahnya.

Ratings and reviews

4.8
13 reviews
Irman Ismadi
January 18, 2021
Kenapa Tak boleh purchase :(((
Did you find this helpful?
AMIN KHALID
September 25, 2018
Harap ada lagi novel sherlock holmes edisi bahasa melayu
1 person found this review helpful
Did you find this helpful?
Muhd Ali Akmal
October 8, 2017
Dah lama dah duk tunggu novel Sherlock Holmes versi melayu...
Did you find this helpful?

About the author

 Dari catatan rekod nan berautoriti, Imran Yusuf dilahirkan di sebuah kampung kecil di tepi Sungai Kelantan. Di negeri itu jugalah beliau berkubang di sawah sambil belajar menangkap ikan puyu dan haruan. Pernah juga mandi di parit dan tali air, malah pada suatu hari hampir sahaja mati lemas dalam sebuah parit, sekiranya tidak diselamatkan oleh seorang rakan.

Walau pun pernah menyantuni ilmu secara formal di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Sekolah Menengah Kamil dan Maktab Tentera Di Raja, namun pengalaman serta pancaroba hidup lebih meninggalkan bekas dalam diri beliau.

Beliau tidak menyangka dapat berkelana ke United Kingdom dari 1977-1982, sambil berkenalan dengan rakan pelajar di Newark Technical College, Nottingkamshire dan Hatfield Polytechnic (Kini Hertfordshire University) sehingga pulang menggenggam sekeping ijazah sarjana muda Matematik.

Dalam bidang penulisan, penterjemahan dan kemahiran hidup bisnes, beliau ialah salah seorang daripada ratusan mentee Puan Ainon Mohd., Chairman PTS.

Pengalaman kerja dalam bidang maritim dan teknologi maklumat di tanah air serta hasil pemerhatian budaya dan sosial masyarakat di pentas dunia seperti di Sudan, Turki, Australia, United Kingdom, Belanda, Thailand, Indonesia dan Denmark, telah beliau jadikan rempah ratus resipi yang berperisa dalam karya. Beliau berpendapat minat terhadap perkembangan politik global serta hobi menyantuni kucing, orkid serta pelbagai flora dan fauna ciptaan Allah memberi makna tambahan dalam hidup.

Buku beliau terbitan PTS pada tahun 2011 ialah Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga, Oh Sudan Ayahku Hero, Laksamana Cheng Ho: Armada Lautan Barat dan Buat Duit Dengan Katering(karya bersama rakan penulis, Hizamnuddin Awang).

Karya lain beliau ialah MEJA RUNDING: Dari Konflik ke Solusi Strategik (2010), Meredah Samudera (2008), iaitu novel yang mengisahkan kerjaya pelaut di kapal dagang.

Selain itu, karya beliau ialah Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami (2007).

Buku yang beliau tulis bersama Zamri Mohamad ialah: 
Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah (2009) dan Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah (2010).

Buku karangan beliau bersama isteri ialah Buat Duit Dengan Jaga Budak (2010).

Buku karangan Brian Tracy yang beliau terjemah pula ialah: 
The Psychology of Selling (2008) dan The Art of Closing The Sale (2009).

Beliau juga menterjemah cerpen dan novel detektif Sherlock Holmes, antaranya: 
Sherlock Holmes 2: Detektif yang Penuh Kejutan (2008), 
Sherlock Holmes 3: Wira Kota London (2009) dan 
Sherlock Holmes 4: A Study in Scarlet (2009), SH5: Sumpahan Empat Sahabat (2010).

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.