Majalah Jom! isu ke-15 kini sudah berada di pasaran. Alhamdulillah wa astaghfirullah. Isu kali ini yang membawakan pula tema keseluruhan daripada surah al-Kauthar ingin memfokuskan pula kepada perihal nikmat yang telah diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W secara khususnya, dan para mukminin secara umumnya. Selain itu, ia juga membicarakan tentang amalan yang perlu disusuli setelah mendapat nikmat daripada Allah S.W.T juga tentang perihal penegasan yang terdapat di dalam surah pendek ini mengenai hakikat bahawa orang kafir itulah yang terputus daripada rahmat Allah.