Jilid 1 - Risalah al-Quran - Muhammad Asad

· Islamic Renaissance Front
5.0
1 則評論
電子書
709

關於本電子書

Kitab Risalah al-Qur’ān ini daripada terjemahan The Message of the Qur’ān yang diusahakan oleh Muhammad Asad selama lebih 17 tahun ini membawa pesan yang signifikan dari kata kuncinya li qawmin yatafakkarun (untuk kaum yang berfikir). Ia menegaskan pandangan dan kefahaman rasional dan intelek yang melatari perbincangannya yang ekstensif terhadap ayat al-Qur’ān. Tema ini diketengahkan bagi merekonstruksi dan memperbaharui pemikiran dan merealisasi idealisme perubahan dan ijtihad.

 

Karya The Message of the Qur’ān ini dinilai sebagai kitab terjemahan al-Qur’ān ke dalam bahasa Inggeris yang terbaik hingga saat ini. Penilaian tersebut tidaklah berlebihan, sebab dalam penerjemahannya, Asad tidak hanya mencari padanan kata namun berupaya untuk mempertahankan makna.

 

Jilid I daripada Risalah al-Qur’ān ini adalah daripada Sūrah Al-Fātihah hingga Sūrah Yusuf. Dalam tafsirnya Asad mempertahankan prinsip kebebasan dan asas-asas pemikiran rasional dan tuntutan ijtihad yang dijabarkan dengan komprehensif dalam tafsirnya. Hal ini dirumuskannya, dari kefahaman al-Qur’ān dan hadith, bagi membela idea-idea rasional dan semangat pembaharuan seperti katanya dalam bukunya The Road to Mecca atau terjemahannya Jalan Ke Mekah:

 

“Islamlah yang telah menjadikan umat Islam hebat. Tetapi sebaik agama mereka menjadi adat kebiasaan dan berhenti dari menjadi program kehidupan, untuk diikuti secara sedar, dorongan kreatif yang mendasari peradaban mereka pudar dan perlahan-lahan memberi laluan kepada kelembapan, kemandulan, dan kereputan budaya.”

 

Tafsirannya mempunyai kekuatan dalam memberdaya dan mempelopori kebangkitan intelek dan memperbaharui tamadun, melonjakkan idealisme dan semangat renaisans dan mencambahkan masyarakat yang dinamik, dan mengembangkan nilai yang lahir daripada keyakinan dan ijtihād dan menolak amalan taqlid yang bobrok dan jahil, yang memperbodohkan akal, kerana seperti kata pemikir Malik Bennabi

 

“Kejahilan hakikatnya adalah kemusyrikan kerana ia tidak memupuk fikiran, tetapi memahat berhala.”

評分和評論

5.0
1 則評論

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。