Nama saya Teegan. Kali ini saya ke Brazil, Amerika Selatan. Saya dan ibu
tinggal di sebuah kampung berhampiran hutan hujan Amazon. Kawan saya,
Roko, membawa saya menjelajah ke hutan hujan Amazon. Di sini, terdapat
pelbagai haiwan yang menarik dan berbahaya. Ketika menjelajah hutan
tersebut, kami terjumpa seorang lelaki yang cedera parah dihempap pokok.
Dapatkah kami menyelamatkannya?