Komik Gaza Mini #1: Detik Awal Palestin Dijajah

· Komik Gaza Mini Libro 1 · Iman Publication Sdn Bhd
4,6
27 recensioni
Ebook
124
pagine

Informazioni su questo ebook

Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin - memancing, berniaga roti Tabun, dan bersama-sama kerajaan Turki Uthmaniyah membangun Hejaz Railway, sebuah projek landasan kereta api dari Istanbul ke Madinah untuk meringankan perjalanan jemaah haji.


Dalam kegembiraan mereka, ada helah jahat sedang dirancang oleh Israel dan Theodor Herzl untuk menakluk Palestin.


Dan siapa sangka, bukan Israel dan Herzl sahaja yang punya rancangan jahat. Turut ada musuh dalam selimut yang berusaha menjatuhkan khilafah Islam ketika itu.


Tapi...siapa?

Dan kenapa?

Valutazioni e recensioni

4,6
27 recensioni

Informazioni sull'autore

Saya IF Moses, pelukis Siri Komik Gaza. Sebelum anda pergi lebih jauh, cuma nak bagitahu satu perkara penting.


Sebutan IF tu bukan macam anda sebut perkataan ‘if’ ya. Yang betulnya, kena sebut ‘i’ kemudian ‘f’. Kemudian sebut Moses. Ya, baru betul cara sebut nama pena saya. 


Ouh ya, walaupun saya lahir di Manchester, United Kingdom, tapi darah yang mengalir dalam badan saya ini berdarah Melayu tau. Moses tu pula sebenarnya nama ayah saya yang kalau disebut dalam Bahasa Melayu ianya berbunyi Musa. IF pula?


Haaaa, rahsialah. 


Di bawah ini adalah karya saya yang diterbitkan bersama IMAN Publication:


Saya kongsikan tajuk penuh semua siri:

Siri 1 – Detik Awal Palestin Dijajah

Siri 2 – Palestin Terancam Angkara Khianat

Siri 3 – Duka Palestin Saat Jatuhnya Empayar Islam

Siri 4 – Strategi Licik British Merampas Palestin


Alhamdulillah, selepas 4 siri (ambil nafas dalam-dalam), berjaya juga terbitkan sambungan siri yang ke-5! Kali ini tajuknya ialah Mimpi Ngeri Rakyat Palestin.


Sila dapatkan cepat-cepat tau. 



Anda boleh kenali saya sebagai…. 


Pelukis komik yang berjaya (doakan!);


Mula berminat melukis komik kerana terpengaruh dengan cerita anime Naruto.

Saya pernah terbitkan sendiri zine saya selepas habis sekolah menengah. Tajuknya Piawai Hijab Kaum Hawa. Nampak sangat ke dulu saya sekolah agama? Hee. 

Saya tiada hobi lain selain daripada melukis (sebab saya sangat tidak bagus menulis. Sob)


Peminat sejati air kopi : 


Dalam banyak-banyak jenama kopi, hanyalah jenama Wonda berjaya menambat hati.

Saya sejujurnya pernah bercita-cita jadi duta muslimah kepada Wonda Coffe (atau mungkin duta kepada produk saya sendiri?) 


Peminat karakter Baymax:


Topeng yang saya pakai itu disebabkan mahu membuktikan saya ini peminat sejati Baymax.

Baymax bukan sekadar robot yang merawat sakit fizikal. Tapi juga merawat penyakit hati. Inilah ikon dakwah yang ideal kalau kita melihat dari kaca mata Islam. 


Anda boleh temui saya di Facebook, Instagram dan Twitter.


IMAN bermula pada tahun 2012 sebagai sebuah kedai buku berjenamakan Imanshoppe. Setelah mendapat permintaan luar biasa daripada para peminat buku, IMAN mengembangkan sayapnya dengan membuka sebuah syarikat penerbitan buku – Iman Publication setahun setelah itu.

IMAN yang pada awalnya hanya mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa, kini sudah disertai lebih daripada 30 orang.

Valuta questo ebook

Dicci cosa ne pensi.

Informazioni sulla lettura

Smartphone e tablet
Installa l'app Google Play Libri per Android e iPad/iPhone. L'app verrà sincronizzata automaticamente con il tuo account e potrai leggere libri online oppure offline ovunque tu sia.
Laptop e computer
Puoi ascoltare gli audiolibri acquistati su Google Play usando il browser web del tuo computer.
eReader e altri dispositivi
Per leggere su dispositivi e-ink come Kobo e eReader, dovrai scaricare un file e trasferirlo sul dispositivo. Segui le istruzioni dettagliate del Centro assistenza per trasferire i file sugli eReader supportati.